Tuesday, August 31, 2010

Pembuangan Bayi

'pembuangan bayi adalah satu jenayah'

Isu ini sudah lama wujud di negara kita.Namun masih ramai yang tidak sedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan.Kita lihat sahaja di dada-dada akhbar,kebanyakannya melibatkan isu-isu pembuangan bayi.Persoalannya siapa yang harus dipersalahkan?
 
          Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.Dalam mencapai sebuah negara yang maju kita masih lagi dikejutkan dengan isu-isu sebegini.Tidakkah anda kasihan melihat bayi-bayi comel yang tidak dipandang dan dicampak begitu sahaja tanpa belas kasihan?Walhal mereka adalah ciptaan Tuhan yang tidak berdosa dilahirkan oleh insan yang bernafsukan syaitan.
 
             Namun inilah yang berlaku dalam masyarakat kita pada masa kini.Kebanyakan kes melibatkan anak remaja kita yang masih berada dalam lingkungan umur 17-20-an.Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan terdapat juga kes yang melibatkan remaja yang berumur bawah 17 tahun.Sungguh sedih memikirkan anak-anak muda kita,pewaris kepimpinan negara terlibat dengan kes-kes sebegini.Apakah yang akan terjadi dengan mereka kelak sekiranya hal seumpama ini dibiarkan?Sekarang bukan masanya kita menuding jari menyalahkan orang lain tetapi sedarlah bahawa kita yang bertanggungjawab akan diri kita masing-masing.Wahai anak-anak muda sedarlah bahawa anda semua layak menjadi yang terbaik namun tidak layak membuang bayi yang tidak berdosa itu.Sedarkanlah diri anda sebelum anda jatuh di dalam nafsu diri anda.

              Ramai yang bertanya mengapa hal ini boleh berlaku..Ada yang berpendapat ianya bermula dari rumah lagi.Mungkinkah ibu bapa kurang memberi didikan ataupun terlebih didikan sehingga menyebabkan anak-anak mereka melakukan perbuatan yang terkutuk itu?Kita tidak seharusnya menyalahkan ibu bapa 100%.Hal ini demikian kerana sesetengah ibu bapa telah memberi didikan penuh kepada anak-anak mereka.Namun anak-anak inilah yang telah membuat pilihan untuk merosakkan hidup mereka sendiri.Walhal ibu bapa telah membimbing anak-anak ini untuk menjadi manusia yang beriman.

           Mungkin juga hal ini berpunca daripada kemajuan teknologi yang semakin banyak memberi pendedahan yang negatif kepada remaja.contohnya seperti penayangan filem yang berunsurkan seks serta penyebaran video lucah di internet.Dengan adanya pendedahan seumpama ini sudah tentu akan mempengaruhi perkembangan anak remaja kita.Walau bagaimanapun semuanya datang dari remaja itu sendiri samaada memilih jalan yang betul ataupun salah.Hal ini demikian kerana diri sendiri la yang dapat mengubah segalanya.

  Sesungguhnya gejala pembuangan bayi ini tidak akan sampai ke penghujungnya sekiranya kurang kesedaran dalam kalangan anak-anak muda kita.Oleh hal yang demikian semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani isu ini.Sekiranya hal ini dibiarkan sudah tentu lebih ramai lagi bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang tanpa belas kasihan..

Renung-renungkanlah...

sekian..

5 comments:

  1. Manusia ini ada dua jenis Nurul. Jenis yang satu adalah manusia tulin...Manusia jenis ini tahu menghargai anugerah tuhan. Bijak memelihara khazanah Allah dan patuh kepada larangannya. Jenis yang kedua pula dinamakan Manusia bertopeng haiwan. Yang ini dasyat. Kegemarannya, melakukan kemungkaran dan menganggungkan dosa. Agaknya perbuatan buang bayi ini, dilakukan oleh manusia jenis yang kedua ini.

    ReplyDelete
  2. Hanya manusia yang berjiwa binatang saja yang melakukan perbuatan kejam itu. Dosa pahala sudah tidak diendahkan lagi tanda dunia kita sudah semakin tua, Manusia sudah tidak takut KETULAHAN. Sedih dan sayu melihat anak-anak tidak berdosa ini dibuang dan dibunuh tanpa perikemanusiaan.

    ReplyDelete
  3. Harapan saya agar ramai lagi tampil kehadapan untuk menghulur bantun dan memberi kesedaran kepada remaja kita yang tegar ini.....

    ReplyDelete
  4. Akhir zaman dah tiba...semuanya semakin pudar..termasuklah naluri seorang ibu....begitulah..lumrah alam..

    ReplyDelete
  5. wahai anak-anak muda yang produktif fikirkan la cara yang terbaik untuk berdepan dengan hawa nafsu yang bermaharaja kalian itu jangan pandang remeh akan anugerah Allah ini.... ramai lagi di luar sana yang mengharapkan bayi sebagai anugerah

    ReplyDelete